12/14/2011

MiSSion to Accomplish!!! ASAP#


MEMANDU KERETA ^^ I LUV DRIVING

PERATURAN UJIAN MEMANDU


ü Betulkan tempat duduk

ü Betulkan cermin sisi dan cermin pandang belakang

ü Pakai tali pinggang keledar(untuk kelas D sahaja)

ü Pastikan gear berada di dalam keadaan bebas sebelum enjin dihidupkan

ü Hidupkan enjin, periksa lampu isyarat “signal”, lampu “double signal”, air, wiper dan hon

ü Gunakan brek dan brek tangan apabila diperlukan

ü Mematuhi peraturan di lampu isyarat

ü Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan

ü Mematuhi peraturan garisan dua selari

ü Memandu di lorong yang betul

ü Memandu kenderaan di jarak yang selamat

ü Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok

ü Mematuhi had laju

ü Memberi keutamaan kepada pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal

ü Memandu diselekoh dengan cara yang betul, perlahan dan ikut lorong yang betul

ü Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan dan lalulintas


ADA LAGI TAPI CARILAH SENDIRI DENGAN MERUJUK PADA NOTES YANG DIBERI MASA KURSUS PRA-L...HUHU ONCE DAH RETI, SANGAT SERONOK SEBENARNYA DRIVE SENDIRI...

*MOGA LULUS DGN BAIK
*JADI PEMANDU YG BERHEMAH
*PATUHI UNDANG-UNDANG JALAN RAYA
*PANDU CERMAT JIWA SELAMAT, BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT
*INGATLAH ORG YANG TERSAYANG



12/09/2011

Semoga Ayah Tenang Di Sana - 4/12/2011


Ayah...

Tanggal 4/12/2011, tarikh yg begitu merentap jiwa & raga kami sekeluarga dgn pemergian ayah ke Rahmatullah buat selama-lamanya. Perginya ayah dgn tak disangka-sangka, kami belum pun bersedia menerimanya.

Namun apakan daya kuasa mencabut nyawa dah menjadi tugas Malaikat Izrail untuk menjemput ayah seperti yg dh tercatat dalam perjanjian dgn Allah s.w.t sebelum ayah lahir ke dunia lagi.

Amat berat utk percaya tapi itulah hakikat yg harus ak dan keluargaku terima bahawa ayah sudah tiada lagi.

Ya Allah, kami redha dgn ketentuan-Mu, ampunkanlah dosa arwah ayahku, ringankan siksa ke atasnya dan tempatkanlah ayahku dalam kalangan orang-orang yang beriman...

Terimalah doaku ini... Semoga Ayah Tenang Di Sana,
Al-Fatihah...