5/31/2012

PELANGI = RAINBOW

Cuaca dalam seharian susah kita nak duga, tapi senang & kita dapat jangka kalau tengok Ramalan Kaji Cuaca kt TV or Radio.. Daripada ramalan tu kita tahu la nak plan aktiviti apa yang kita nak buat dalam satu2 masa. Tapi tahu kan, sebab kita manusia biasa, kita tak dapat nk tentukan segalanya berlaku mengikut perancangan kita...Macam yg orang selalu kata & benar sekali pepatah Kita manusia hanya mampu merancang, Dia jua yang akan menentukan pengakhirannya...


Bak kata pepatah Melayu juga 'Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari'. Selalu terjadi dalam hidup kita kan? Hujan yg turun di tengah hari yg panas membuat kita tertanya-tanya, kenapa & macam mana cuaca boleh berubah tiba2 x seperti yang kita jangka. Kalau masa tu kita dok asyik dengan cuaca yg cerah, tiba2 hujan kita mesti terfikir, apalah yang telah terjadi sehingga awan menitiskan hujan menandakan kesedihan yg kita sendiri x dpt bayangkan rahsia isi alam. Mesti kita terbayang titisan hujan yang ada pada awan terasa terlalu berat untuk dikandungnya lalu tertumpahlah ia tanpa memikirkan matahari yang telah sedia ada menerangi bumi yang cerah pada awalnya.


Tapi tak kiralah betapa tak sukanya kita pada hujan waktu tengah hari yg cerah tu, ketahuilah bahawa kesudahan bagi episode hujan  panas adalah untuk membolehkan satu fenomena yang mendedahkan keindahan Ciptaan Yang Maha Esa, Maha Pencipta berlaku..amat indah jika kita dapat menyaksikan sendiri PELANGI, satu biasan yang terhasil daripada titisan air hujan yang renyai dengan cahaya yg memancar.


Kejadian Pelangi ini simbolik kepada kehidupan manusia...hidup kita jalani seperti biasa namun ada kala kita diuji dengan dugaan yang Allah datangkan untuk kita. Ia adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita...Apa pun yg kita lakukan semata-mata kerana Allah. Jika kita menghadapi ujian yg datang dengan sabar dan tidak lupa bermohon doa agar kita diberi kekuatan menempuhinya, pasti Allah akan membantu kita. Akhirnya, kesabaran kita menghadapi ujian itu akan diganjarkan dengan kebaikan yang  sama ada kita dapat lihat atau tidak.


Hakikatnya Pelangi, ia hadir 
> punya 7 warna; Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu
> seketika sahaja
> sangat indah dipandang mata
> buat org yg bertuah & sabar menunggu kehadirannya.



No comments:

Post a Comment