2/25/2012

Mendebarkan Sukmaku...

Setiap hari, pasti masing-masing akan melalui dugaan kehidupan yang tersendiri. Sehingga ada yang merasakan mereka tidak mempunyai masa untuk menenangkan hati atau perasaan mereka walaupun sekejap. Tetapi ia sebenarnya hanya boleh dilakukan dalam masa 30 saat. Antara cara yang boleh dilakukan adalah...

Bernafas dalam-dalam
70% sisa yang berada di dalam tubuh berjaya dihapuskan apabila anda bernafas dalam-dalam. Anda boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda.

Ikrar atau azam
Sekiranya anda sedang berada di dalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah, tanamkan azam yg mampu anda lakukan untuk berusaha mengatasi masalah tersebut. Cara ini bukan sahaja akan menenangkan hati anda, malah ia akan lebih memberi keyakinan untuk anda menempuhi masalah yang sedang dihadapi dengan kadar segera.

Regangkan badan
Sekiranya anda sedang berada di dalam tekanan, lakukan sedikit regangan untuk mengurangkannya.

Senyuman
Hanya dengan senyuman, ia mampu membebaskan tekanan dan ketegangan otot pada wajah anda. Selain itu, ia bukan sahaja membantu untuk menenangkan hati anda sahaja, malah turut menenangkan orang lain apabila melihat anda.

Minum air
Kandungan air di dalam otak anda adalah kira-kira 75%, ia juga adalah tempat paling mudah untuk kekurangan air. Otak anda memerlukan air untuk berfikiran lebih jelas. Apabila anda berjaya untuk memikirkan sesuatu itu dengan jelas, secara tidak langsung ia akan membantu menenangkan hati anda.

Pejam mata
Pejam mata sebentar dan cuba bayangkan perkara yang boleh menenangkan hati anda. Sebagai contoh, bayangkan mengenai percutian yang pernah anda lalui, kenangan bersama ahli keluarga atau sebagainya.

Dengar lagu
Memang tidak dapat dinafikan, lagu amat memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi emosi seseorang. Sekiranya anda mendengarkan lagu yang berbentuk sentimental atau perlahan, ia secara tidak langsung akan turut menenangkan hati dan perasaan anda.

Termenung sebentar
Mungkin ramai yang menyatakan bahawa termenung tidak memberikan apa-apa manfaat di dalam kehidupan. Tetapi, ia sebenarnya dapat membantu menenangkan hati seseorang.Sekiranya anda sedang berada di dalam kerungsingan, tiada masalah untuk termenung sebentar tetapi jangan terlalu mengikut perasaan.

TAPI, YG TERBAIK IALAH...



Mudah, tapi susah sgt nk buat kn? Sbb hati ini terkadang lalai & leka mengingati-Nya kerana terlalu alpa dengan tuntutan dunia. Itulah sebabnya hati sering tidak tenang. Jadi, betulkan balik apa yg tersalah, kukuhkan balik iman dan bersihkan hati dari segala yg mengotorkan...moga diri ini kuat untuk melaksanakan perintah-Nya dengan sempurna dan meninggalkan segala larangan-Nya...Amin...

2/16/2012

:: SaLam JuMaat BuAT SeMua ::

••► Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
••► Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
••► Kita sebenarnya lebih membesarkan hari Sabtu n Ahad daripada hari Jumaat
••► Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
••► Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat dan mengaji
••► Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama Nabi
••► Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum
••► Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid
••► Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
••► Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama
••► Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
••► Kita sebenarnya lebih suka memaki, ngumpat orang daripada memuji mereka
••► Kita sebenarnya lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah
••► Kita sebenarnya lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan
••► Kita sebenarnya lebih bangga dgn kejahilan kita drpd b'syukur dgn keimanan kita
••► Kita sebenarnya lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat
TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

••► KITA SEBENARNYA ingin menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layak kah kita dengan Syurga milik Allah Swt??


Salam Jumaat buat semua rakan yg kuingati ^_^

2/14/2012

:: REUNION SKSI II - 1st EDITION ::

Pada 12 Februari yg lalu, segalanya yang berlaku sepanjang perjalanan mengukir kenangan indah. Alhamdulillah, apa yg dirancang berjalan lancar. Aktiviti rehlah reunion SKSI II Batch 2002 berjaya diadakan di Burmese Pool dengan kehadiran ahli seramai 14 orang. Walaupun jumlahnya tak lah berapa ramai, tapi edisi pertama ini diharap dapat mencetus edisi yang seterusnya dengan penyertaan lebih ramai Alumni Batch 2002 yg diingati & dirindui.

ada sedia, ada tak..

serius candid...thanks fotografer ^_^

memulakan aktiviti bakaq-membakaq BBQ

dengan ida (long time no see friend)

kami ceria ^_^ peace y'Olls

huhu awek cun, dara pingitan pujaan jejaka

awatnya mcm tekezut?? haha

eratnya hubungan kita...kan elya marlina ^_^

hasil kerja-kerja pembakaran untuk dimakan...urm, nyum2...

tak habih-habih menyuap..kenyang laa..

bakal menantu sapa la ni...bertuah mentua shuhada ^_^

ecece wat segan, balik bagan noh...hehe

norli & sepupunya

ok, nak gak posing...peace ^_^

jom mandi-manda...huhu jgn lpe tutup aurat naa..

hati2 bawak ayam perap tu...huhu lapaq dh ni...

masing2 bawak bekal...berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...

dah sampei!!...jemput masuk ke Kolam mandi Burmese Pool...yes!!

tu dia aih, byk barang dol...hehe

3, 2, 1...captured!!!

dengan adik sorang nih, ikah ^_^

best friend forever BFF ^^

Shedapnye aishkrim free ade orang belanjer...huhu TQ akmal ^_^

ak, kamu dan kamu...hehe

Moga persahabatan kita berkekalan dan beri manfaat setiap saat kita bersama. Insyaallah...


:: Cikgu Oh Cikgu ::


Siapa kata jadi cikgu senang, mudah, cuti banyak ??? banyak benda kena buat weyh...

RPH, ABM, buku2 rekod, kelas tambahan, unit uniform, persatuan, sukan, buat soalan exam...

Itu tak termasuk hal2 disiplin, karenah ibu bapa, murid-murid berkeperluan khas, portfolio2, dan sebagainya....

SEKARANG, jadi cikgu banyak komitmen tau.... Bebaik sikit ye....ini bukan kerjaya pilihan terakhir okay ^_^


BERSEDIAKAH AKU UNTUK BERBAKTI DALAM BIDANG PENDIDIKAN INI? CABARAN MENDIDIK GENERASI SEKARANG MEMANG TAK SAMA MACAM PELAJAR GENERASI TERDAHULU...MAMPUKAH AKU MENJADI GURU YANG SELAYAKNYA MENDIDIK SETIAP 'PERMATA NEGARA' KELAK?


2/04/2012

::: Ujian2 Yg Melanda, Tanda Allah Sayangkan Kita :::

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H

Tiada kata untuk bermadah, Tiada bahasa dapat menggambarkan resah, namun segala yg terjadi cukup untuk menjadikan diri lebih dewasa, memandangkan masa yg tidak menunggu kita...

Segalanya masih dalam genggaman kerana sesungguhnya diri ini percaya, bahawa setiap derap langkah yg dihayun, setiap perbuatan yg dilakukan, setiap tutur kata yg diucapkan, setiap rasa yg hati rasakan...Allah Maha Mengetahui akan segala-galanya...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul...jadikanlah Rasulullah S.A.W teladan kita & amalkanlah sunnahnya...


BIODATA RASULULLAH S.A.W



Kita sekarang lebih kenal artis daripada Rasulullah, lebih menyambut Hari Valentine daripada menyanjung Rasulullah. Pelik! Pelik! Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi "St. Valentino" daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.





BIODATA RASULULLAH S.A.W.

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
    perempuan bapa Rasulullah SAW).

  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
    Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi