2/25/2012

Mendebarkan Sukmaku...

Setiap hari, pasti masing-masing akan melalui dugaan kehidupan yang tersendiri. Sehingga ada yang merasakan mereka tidak mempunyai masa untuk menenangkan hati atau perasaan mereka walaupun sekejap. Tetapi ia sebenarnya hanya boleh dilakukan dalam masa 30 saat. Antara cara yang boleh dilakukan adalah...

Bernafas dalam-dalam
70% sisa yang berada di dalam tubuh berjaya dihapuskan apabila anda bernafas dalam-dalam. Anda boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda.

Ikrar atau azam
Sekiranya anda sedang berada di dalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah, tanamkan azam yg mampu anda lakukan untuk berusaha mengatasi masalah tersebut. Cara ini bukan sahaja akan menenangkan hati anda, malah ia akan lebih memberi keyakinan untuk anda menempuhi masalah yang sedang dihadapi dengan kadar segera.

Regangkan badan
Sekiranya anda sedang berada di dalam tekanan, lakukan sedikit regangan untuk mengurangkannya.

Senyuman
Hanya dengan senyuman, ia mampu membebaskan tekanan dan ketegangan otot pada wajah anda. Selain itu, ia bukan sahaja membantu untuk menenangkan hati anda sahaja, malah turut menenangkan orang lain apabila melihat anda.

Minum air
Kandungan air di dalam otak anda adalah kira-kira 75%, ia juga adalah tempat paling mudah untuk kekurangan air. Otak anda memerlukan air untuk berfikiran lebih jelas. Apabila anda berjaya untuk memikirkan sesuatu itu dengan jelas, secara tidak langsung ia akan membantu menenangkan hati anda.

Pejam mata
Pejam mata sebentar dan cuba bayangkan perkara yang boleh menenangkan hati anda. Sebagai contoh, bayangkan mengenai percutian yang pernah anda lalui, kenangan bersama ahli keluarga atau sebagainya.

Dengar lagu
Memang tidak dapat dinafikan, lagu amat memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi emosi seseorang. Sekiranya anda mendengarkan lagu yang berbentuk sentimental atau perlahan, ia secara tidak langsung akan turut menenangkan hati dan perasaan anda.

Termenung sebentar
Mungkin ramai yang menyatakan bahawa termenung tidak memberikan apa-apa manfaat di dalam kehidupan. Tetapi, ia sebenarnya dapat membantu menenangkan hati seseorang.Sekiranya anda sedang berada di dalam kerungsingan, tiada masalah untuk termenung sebentar tetapi jangan terlalu mengikut perasaan.

TAPI, YG TERBAIK IALAH...



Mudah, tapi susah sgt nk buat kn? Sbb hati ini terkadang lalai & leka mengingati-Nya kerana terlalu alpa dengan tuntutan dunia. Itulah sebabnya hati sering tidak tenang. Jadi, betulkan balik apa yg tersalah, kukuhkan balik iman dan bersihkan hati dari segala yg mengotorkan...moga diri ini kuat untuk melaksanakan perintah-Nya dengan sempurna dan meninggalkan segala larangan-Nya...Amin...

No comments:

Post a Comment